spot_img
HomeSemasaMajlis Manambut Runat Kalapadan, kekalkan warisan budaya

Majlis Manambut Runat Kalapadan, kekalkan warisan budaya

LAHAD DATU: Sempena Runat Kalapadan 2022, Pertandingan Juara Bakalangon Dusun Subpan Peringkat Zon Segama diadakan bagi mengekalkan warisan dan kebudayaan turun-temurun.

Ahli Lembaga Pengarah Kebudayaan Negeri Sabah, Zueraida Asdain merasmikan majlis itu sambil menyeru masyarakat bekerjasama dalam mempertahankan dan menjaga alam semula jadi, bertepatan dengan tema Pesta Keamatan tahun ini, iaitu Keamatan Menjiwa Alam Semula Jadi.

“Bakat anak muda ditonjolkan melalui pelbagai persembahan kebudayaan dan pertandingan lagu etnik Dusun Subpan,” katanya ketika merasmikan Majlis Manambut Runat Kalapadan 2022 di Kg. Ulu Segama, kelmarin.

Dalam pada itu, beliau mengatakan rakyat Malaysia perlu bersyukur dengan kesejahteraan dan nikmat yang diberikan ini.

“Selaras dengan hasrat Keluarga Malaysia, kita harus menjaga semangat perpaduan dan persefahaman demi kecemerlangan serta kemajuan negeri,” tambahnya.

Sementara itu, beliau memberi pujian kepada pengerusi penganjur, Michael Edwin bersama jawatakuasa khusus kerana menjayakan acara seumpama ini.

ARTIKEL BERKAITAN

Most Popular