spot_img
HomeJenayahOps Tapis Harian: 3 individu ditahan positif syabu

Ops Tapis Harian: 3 individu ditahan positif syabu

SANDAKAN: Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik (BSJND) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sandakan menahan tiga individu dalam Ops Tapis Harian yang dijalankan di sekitar Kampung Lupak Meluas, Jalan Batu Sapi dan Kampung Sim Sim, di sini semalam.

Dalam operasi yang bermula jam 11.30 pagi itu, polis menahan seorang lelaki di bawah Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952 dan Seksyen 15(1)(a) ADB 1952, serta seorang wanita di bawah Seksyen 15(1)(a) ADB 1952.

Dalam pada itu, Bahagian Siasatan Jenayah (BSJD) IPD Sandakan turut menangkap seorang lagi lelaki bagi kesalahan jenayah lain untuk ujian saringan air kencing yang kemudiannya didapati positif dadah jenis syabu di bawah Seksyen 15(1)(a) ADB 1952.

Kesemua suspek kini ditahan di lokap IPD Sandakan untuk siasatan lanjut.

Ketua Polis Daerah Sandakan, ACP George Abd Rakman menegaskan operasi berkenaan adalah selaras dengan tekad polis membanteras jenayah dadah di daerah ini secara berterusan. — DEMI SABAH

ARTIKEL BERKAITAN

Most Popular