spot_img
HomeSemasaWarga emas parah, 2 lagi cedera kemalangan di Kunak

Warga emas parah, 2 lagi cedera kemalangan di Kunak

KUNAK: Seorang warga emas parah manakala dua lagi cedera ringan selepas kereta Perodua Alza yang dinaiki bertembung dengan lori membawa muatan tong gas LPG di Jalan Lormalong, di sini petang tadi.

Menurut Pengganti Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kunak, PBK I Abdul Rasah Kaluang, pihaknya menerima panggilan kecemasan jam 1.38 petang melalui talian MERS999 sebelum lima anggota bersama sebuah jentera FRT dan unit EMRS digerakkan ke lokasi kejadian sejauh lapan kilometer.

“Setibanya di lokasi, pasukan mendapati kemalangan melibatkan dua kenderaan Perodua Alza dan sebuah lori membawa muatan tong gas LPG.

“Terdapat empat mangsa terlibat, termasuk pemandu lori,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Kesan pelanggaran lori membawa muatang tong gas dengan Alza.

Menururnya, seorang lelaki warga emas berusia 62 tahun tersepit di dalam Perodua Alza berjaya dikeluarkan anggota bomba, manakala dua lagi penumpang, seorang remaja lelaki berusia 15 tahun dan seorang wanita berusia 52 tahun berjaya keluar sendiri sebelum ketibaan pihak bomba.

Katanya, pemandu lori dilaporkan tidak mengalami sebarang kecederaan.

“Semua mangsa yang cedera diserahkan kepada pegawai perubatan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk dibawa ke hospital bagi rawatan lanjut,” ujarnya.

Operasi dengan kerjasama Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan KKM itu tamat sepenuhnya pada jam 2.10 petang setelah pihak bomba memastikan tiada lagi risiko bahaya di lokasi kejadian. — DEMI SABAH

ARTIKEL BERKAITAN

Most Popular