spot_img
HomeJenayahGali kubur Zara penuhi prosedur bedah siasat

Gali kubur Zara penuhi prosedur bedah siasat

KUALA LUMPUR: Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengesahkan bahawa laporan siasatan telah diteliti dan dinilai oleh Jabatan Peguam Negara.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah, CP Datuk M Kumar berkata, dapatan penilaian tersebut terdapat keperluan untuk menggali semula (exhume) mayat Zara Qairina bagi membolehkan prosedur bedah siasat.

Menurut beliau, ia bertujuan memperoleh maklumat dan bukti tambahan yang diperlukan bagi melengkapkan siasatan berhubung kes kematian Zara Qairina.

“Aturan prosedur bedah siasat (post-mortem) dan menggali semula (exhume) akan dibuat dengan kadar segera berpandukan Seksyen 331 dan Seksyen 335 Kanun Tatacara Jenayah.

“PDRM menegaskan bahawa keadilan akan sentiasa ditegakkan dan siasatan yang dijalankan adalah mengikut lunas undang-undang, fakta dan keterangan yang diperolehi,” katanya.

Menurutnya, siasatan menyeluruh sedang dijalankan dan kertas siasatan akan dirujuk semula ke Jabatan Peguam Negara dalam tempoh terdekat. – DEMI SABAH

ARTIKEL BERKAITAN

Most Popular