HomeSemasaMustapha hulur bantuan kepada mangsa kebakaran Kampung Kalansanan

Mustapha hulur bantuan kepada mangsa kebakaran Kampung Kalansanan

KOTA KINABALU: Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah dan Sarawak), Datuk Ts. Mustapha Sakmud melawat ke Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Dewan Serbaguna Likas bagi bertemu sekali lagi dengan keluarga-keluarga yang terjejas akibat kebakaran.

Mustapha menyampaikan bantuan kewangan daripada Pusat Khidmat Parlimen Sepanggar sebanyak RM1,000 kepada setiap keluarga yang terjejas akibat kebakaran di Kampung Kalansanan.

Selain itu, bantuan barangan keperluan asas yang diselaraskan bersama Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU) dan APM turut diagihkan bagi membantu meringankan beban mereka.

“Musibah seperti ini mengingatkan kita tentang pentingnya semangat saling membantu dan berganding bahu dalam menghadapi saat-saat yang sukar”

“Saya amat menghargai usaha semua pihak yang tampil menghulurkan bantuan, sama ada daripada agensi kerajaan, badan bukan kerajaan, mahupun orang perseorangan yang tidak putus-putus menyumbang mengikut kemampuan masing-masing,” katanya.

Beliau berkata, dalam menghadapi ujian seperti ini, kekuatan sesebuah komuniti terletak pada semangat kebersamaan dan keprihatinan antara satu sama lain.

“Semoga segala bantuan yang disalurkan dapat meringankan beban mangsa, dan semoga setiap keluarga yang terjejas dikurniakan ketabahan serta dipermudahkan setiap urusan,” katanya.

ARTIKEL BERKAITAN

Most Popular