HomeSemasaKerajaan Madani sedia terbitkan laporan kemajuan projek pembangunan setiap parlimen

Kerajaan Madani sedia terbitkan laporan kemajuan projek pembangunan setiap parlimen

KUALA LUMPUR: Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah dan Sarawak), Datuk Ts. Mustapha Sakmud berkata Kerajaan Madani sedia terbitkan laporan kemajuan projek pembangunan setiap parlimen.

Dalam sesi Jawapan Lisan berdasarkan soalan daripada Ahli Parlimen Puncak Borneo, Datuk Willie Anak Mongin di Dewan Rakyat hari ini, Mustpaha menjelaskan bahawa Kerajaan Madani bersedia menerbitkan laporan kemajuan berkala bagi projek-projek pembangunan utama mengikut kawasan Parlimen sekiranya terdapat keperluan dan permohonan khusus.

“ Hakikatnya, pemantauan projek pembangunan telah dilaksanakan secara berterusan melalui mekanisme yang tersusun di peringkat Persekutuan, Kementerian, Negeri dan Daerah bagi memastikan setiap projek disiapkan mengikut jadual serta memberi manfaat kepada rakyat,” katanya.

Jelas beliau, Ahli-ahli Parlimen turut terlibat dalam mesyuarat pemantauan pembangunan di peringkat daerah dan bahagian bagi memastikan pelaksanaan projek sentiasa dipantau secara telus, berkesan dan bertanggungjawab.

ARTIKEL BERKAITAN

Most Popular