spot_img
HomeSemasaMayat anggota polis ditemui, kesan tembakan di kepala

Mayat anggota polis ditemui, kesan tembakan di kepala

TAWAU: Mayat seorang anggota polis, 35 tahun ditemui dalam keadaan cedera di kepala dipercayai kesan tembakan dalam sebuah bilik di Taman King Fook, Jalan Utara di sini, semalam.

Dalam kejadian kira-kira 10:35 pagi, mayat mangsa ditemui dalam keadaan terbaring dalam bilik terbakar di sebuah rumah dan senjata api dipercayai milik mangsa turut ditemui di sebelahnya.

Ketua Polis Daerah Tawau, Jasmin Hussin mengesahkan penemuan mayat itu namun enggan mengulas lanjut mengenainya.

“Mayat mangsa telah dirujuk ke Hospital Besar Tawau bagi tujuan bedah siasat,” katanya ketika dihubungi.

Sementara itu, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Tawau, Julius John Stephen berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu pada 11.17 pagi.

“Bilik itu terbakar dan berjaya dipadamkan sebelum ketibaan bomba, kami terpaksa memecahkan pintu bilik selepas mendapati ia berkunci dari dalam,” jelasnya. – BERNAMA

ARTIKEL BERKAITAN

Most Popular