spot_img
HomeSukanMahasiswa perlu manfaatkan pusat sukan UMS untuk riadah

Mahasiswa perlu manfaatkan pusat sukan UMS untuk riadah

KOTA KINABALU: Kemudahan yang ada di Pusat Sukan Universiti Malaysia Sabah (UMS) perlulah digunakan sepenuhnya oleh kakitangan dan pelajar UMS untuk memastikan kemudahan berfungsi dengan baik.

Menurut Azman Soibah, Pengawai Kanan Pusat Sukan UMS, fasiliti telah dibuka seperti arena sukan, gelanggang futsal, bola jaring, bola tampar, sepak takraw, tenis dan padang bola sepak, trek UMS, boleh digunakan untuk bersukan dan riadah.

“Pusat sukan perlu dibuka kepada pelajar untuk mengelakkan pelajar merasa tertekan dalam musim PKP ini. Pembukaan pusat sukan juga untuk mengelakkan keluhan daripada pelajar,” katanya.

Fasiliti beroperasi mengikut Prosedur Operasi Standard (SOP), dibawah Pelan Pemulihan Negara (PPN) fasa 4, untuk membendung penularan covid-19 dalam kampus khasnya.

Selain beriadah, Azman berharap, pelajar yang menggunakan fasiliti pusat sukan UMS ini dapat berlatih dalam sukan yang diminati dan dan boleh menjadi wakil atlet universiti sehinggalah menjadi atlet kebangsaan.

Penulis: Azmil Dani

ARTIKEL BERKAITAN

Most Popular