spot_img
HomeUncategorizedPelajar Kolej Komuniti Beaufort kibar bendera, gambar guru dan rakan di puncak...

Pelajar Kolej Komuniti Beaufort kibar bendera, gambar guru dan rakan di puncak Kinabalu

KOTA KINABALU: Jiwa muda penuh azam yang tinggi dimiliki seorang pelajar Sijil Kulinari Beaufort ini mendapat perhatian ramai di media sosial. Apa tidaknya, beliau berjaya menawan Puncak Gunung Kinabalu setinggi 4095 meter dengan penuh bergaya.

Menjadi perhatian ramai, Mohd Iskandar Jiblin, memakai pakaian seragam Kolej Komuniti Beaufort sambil mengibarkan bendera Kolej Komuniti Beaufort berlatarkan puncak Gunung Kinabalu tersangatlah indah.

Menariknya dan terharu, Iskandar juga membawa gambar para pensyarah dan rakan-rakan beliau sebagai tanda penghargaan dan terima kasih di atas ilmu dan kemahiran yang telah dicurahkan kepadanya selama ini.

Melalui laman rasmi, Facebook Kolej Komuniti Beaufort, jelas menunjukkan bahawa Iskandar sangat berbangga menjadi pelajar di kolej tersebut.

Tindakan murni pelajar ini secara tidak langsung telah mempromosikan Kolej Komuniti Beaufort di mata dunia.

Pihak Kolej Komuniti Beaufort sangat berharap agar semangat yang ditonjolkan Iskandar menjadi ikutan kepada pelajar-pelajar lain bagi mewujudkan perasaan bangga menjadi belia kelahiran Kolej Komuniti.

ARTIKEL BERKAITAN

Most Popular