Kuala Lumpur: Jabatan Meteorologi Malaysia (MET Malaysia) mengeluarkan amaran hujan berterusan sehingga jumaat, 31 Disember, hari ini di beberapa kawasan di Terengganu, Pahang, Kelantan, Perlis, Kedah, Johor, dan Sabah.
MET Malaysia melalui laman rasmi sosial mereka memaklumkan, daerah yang dijangkakan mengalami hujan berterusan dirangkumkan kepada tiga Seksyen ; Seksyen A (Bahaya) membabitkan kawasan di negeri Kelantan (Jeli) , Terengganu (Kemaman) dan di negeri Pahang (Kuantan) sehingga jumaat, 31 Disember 2021.
Seksyen B (Buruk) menjangkakan beberapa kawasan utama di negeri Kelantan (Tanah Merah, Machang, Kuala Krai Dan Gua Musang), Terengganu (Besut, Hulu Terengganu Dan Dungun, serta beberapa daerah di negeri Pahang (Jerantut, Maran, Pekan) sehingga sabtu, 1 januari 2022.
Sementera itu, Seksyen C (Waspada) melibatkan negeri Perlis , Kedah (Kubang Pasu, Pokok Sena, Padang Terap, Pendang, Sik dan Baling), Perak (Hulu Perak) , Kelantan (Tumpat, Pasir Mas, Kota Bharu, Bachok dan Pasir Puteh), Terengganu (Setiu, Kuala Nerus, Kuala Terengganu dan Marang), Pahang (Tanah Tinggi Cameron, Lipis, Raub, Bentong, Temerloh, Bera dan Rompin), serta Johor yang diangkakan berterusan sehingga Sabtu, 1 Januari 2022.
Turut terlibat beberapa kawasan di negeri Sabah; Pantai Barat (Ranau), Tawau (Lahad Datu), Sandakan (Telupid, Kinabatangan, Beluran dan Sandakan) dan Kudat sehingga Ahad, 2 Januari 2022.
Sebelum ini, Ketua Pengarah MET Malaysia, Muhammad Helmi Abdullah, berkata luruan monsun yang sedang berlaku ini dijangka berterusan sehingga 3 Januari ini.
“Angin bertiup dari arah timur laut dijangka berpotensi membawa hujan berterusan dan angin kencang yang boleh menyebabkan banjir di kawasan rendah” tambahnya lagi.