spot_img
HomeSemasaKawasan hotspot banjir dikenal pasti, siap siaga hadapi luruan monsun.

Kawasan hotspot banjir dikenal pasti, siap siaga hadapi luruan monsun.

TAWAU: Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Tawau memberi tumpuan beberapa kawasan berisiko dilanda banjir susulan luruan monsun yang dijangka berterusan hingga bulan Januari tahun depan.

Menurut Penguasa Kanan Bomba II Zon Tawau, Sukur Hatta, pihaknya mengenal pasti empat kawasan yang berpotensi berlakunya banjir iaitu Kampung Serudung, Apas, Pasir Putih dan juga Merotai.

“Berdasarkan tinjauan sebelum ini, kawasan tersebut sering dinaiki air dan menjadikannya sebagai kawasan hotspot banjir di Tawau,” katanya dalam sidang media kelmarin.

Berikutan amaran awal daripada Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengenai luruan monsun, JBPM Tawau bersiap siaga dari segi kelengkapan aset bagi menghadapi sebarang kemungkinan yang boleh berlaku.

Sukur berkata, pihaknya juga menempatkan beberapa bot di kawasan yang dikenal pasti.

“Di samping itu, seramai 68 pegawai dan anggota JPBM Tawau membuat persediaan sejak 27 Disember lagi,” katanya.

Jelas beliau, pasukan bomba sukarela turut membantu di kawasan-kawasan yang telah ditetapkan.

Sehubungan itu, penduduk yang berada di kawasan berisiko dinasihatkan agar mengambil langkah berjaga-jaga dan bersedia untuk berpindah dengan lebih awal.

ARTIKEL BERKAITAN

Most Popular