HomeSemasaGangguan gajah liar ancam ekonomi pekebun, Kurniawan mahu tindakan segera

Gangguan gajah liar ancam ekonomi pekebun, Kurniawan mahu tindakan segera

KINABATANGAN: Gangguan gajah liar yang didakwa memusnahkan tanaman kelapa sawit di beberapa kampung sekitar Kinabatangan perlu ditangani segera bagi mengelakkan kerugian lebih besar kepada pekebun.

Ahli Parlimen Kinabatangan, Datuk Mohd Kurniawan Naim Moktar berkata, beliau menerima banyak aduan daripada penduduk yang mendakwa hasil tanaman mereka rosak akibat pencerobohan kumpulan gajah liar.

Beliau berkata, perkara itu bukan sahaja menjejaskan hasil pertanian, malah memberi kesan kepada pendapatan harian masyarakat.

“Saya telah menghubungi Jabatan Hidupan Liar Sabah dan meminta tindakan segera diambil.

“Hasilnya, operasi bersama penduduk telah dilaksanakan bagi menghalau kumpulan gajah keluar dari kawasan kebun yang terjejas,” katanya.

Menurut beliau, Jabatan Hidupan Liar Sabah juga akan mengadakan sesi taklimat bersama penduduk pada Selasa depan bagi menerangkan prosedur tuntutan pampasan terhadap tanaman yang rosak.

Beliau berharap pendekatan lebih menyeluruh dapat dilaksanakan bagi mengurangkan konflik manusia dan gajah liar, selain memastikan kebajikan pekebun terus diberikan perhatian.

ARTIKEL BERKAITAN

Most Popular