spot_img
HomeSemasaDua pendaki wanita sesat di Bukit Bongol ditemui selamat

Dua pendaki wanita sesat di Bukit Bongol ditemui selamat

KOTA BELUD: Detik cemas dilalui dua pendaki wanita apabila tersesat ketika melakukan aktiviti riadah di Bukit Bongol di sini, petang semalam.

Komander Operasi, PBK I Hasmaddy Agum, berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan jam 6.44 petang sebelum lapan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kota Belud digerakkan ke lokasi.

“Pasukan bomba tiba di lokasi jam 7.02 malam dan terus melancarkan operasi mencari dan menyelamat (SAR) dengan menaiki bukit.

“Kedua-dua mangsa akhirnya ditemui jam 9.22 malam dalam keadaan selamat berhampiran kawasan laluan pendakian,” katanya.

Mangsa berusia 20 dan 21 tahun itu kemudiannya diiring keluar ke kawasan selamat sebelum diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.

Operasi SAR ditamatkan sepenuhnya pada jam 11 malam selepas memastikan tiada lagi ancaman atau mangsa lain yang terlibat.

Turut membantu dalam operasi ini ialah pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM). Operasi dikendalikan menggunakan sebuah jentera FRT dengan enam anggota serta sebuah unit EMRS melibatkan dua anggota. — DEMI SABAH

ARTIKEL BERKAITAN

Most Popular