spot_img
HomeSemasaDua maut, lori rempuh motosikal

Dua maut, lori rempuh motosikal

GURUN: Dua maut manakala beberapa penunggang motosikal cedera parah setelah dirempuh lori di Kilometer 92.8 Lebuhraya Utara Selatan (Plus) Arah Selatan, hari ini.

Menurut laporan, kemalangan yang berlaku sekitar jam 3.30 petang itu berlaku ketika mangsa sedang berteduh daripada hujan lebat di bawah jejambat berkenaan.

Difahamkan mangsa kemudiannya dirempuh oleh sebuah lori yang dikatakan mengalami kerosakkan, yang menyebabkan pemandu lori berkenaan hilang kawalan.

Lori berkenaan terbabas ke tepi lebuh raya dan merempuh beberapa penunggang motosikal yang menyebabkan mereka tercampak ke dalam longkang berhampiran.

Dua daripada mangsa tercampak ke dalam longkang manakala seorang lagi dilihat cedera parah, dan berlumuran darah di bawah jejambat berkenaan.

Menurut laporan yang diterima, sekurang-kurangnya sembilan motosikal berada di bawah jejambat tersebut manakala jumlah kseluruhan mangsa yang terbabit dalam kejadian berkenaan masih dalam siasatan

Dilaporkan polis baharu selesai menjalankan siasatan di lokasi kejadian, manakala dua mayat mangsa telah dibawa ke Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH) untuk tindakan lanjut. – Hmetro

ARTIKEL BERKAITAN

Most Popular