spot_img
HomeJenayahDua individu ditahan positif syabu

Dua individu ditahan positif syabu

SANDAKAN: Polis menahan seorang lelaki dan seorang wanita dalam Ops Tapis Harian yang dijalankan Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik (BSJND) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sandakan, kelmarin.

Ketua Polis Daerah Sandakan, ACP George Abd Rakman berkata, operasi itu dijalankan di sekitar kawasan PPR Batu Putih Batu 7 dan Jalan BDC Batu 1 1/2.

Dua suspek ditahan dalam Ops Tapis Harian kerana positif dadah.

“Dalam operasi tersebut, seorang lelaki ditahan di bawah Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952 manakala seorang wanita pula ditangkap kerana disyaki memasukkan dadah ke dalam tubuh badannya sendiri.

“Kedua-dua suspek telah menjalani ujian saringan awal air kencing dan didapati positif dadah jenis syabu,” katanya menerusi hantaran Facebook rasmi Polis Daerah Sandakan hari ini.

Beliau berkata, semua suspek kini ditahan di lokap IPD Sandakan untuk siasatan lanjut.

Menurutnya, operasi yang dijalankan adalah selari dengan komitmen polis Sandakan dalam membanteras jenayah dadah di daerah ini. — DEMI SABAH

ARTIKEL BERKAITAN

Most Popular