spot_img
HomePolitikAmir Shah lapor polis ucapan berbaur hasutan TYT Sabah

Amir Shah lapor polis ucapan berbaur hasutan TYT Sabah

TAWAU: Ketua Bahagian Parti Gabungan Rakyat Sabah (PGRS) Sungai Sibuga, Datuk Amir Shah @ Amir Yaakub membuat laporan polis berhubung ucapan berbaur hasutan yang didakwa ditujukan kepada Tuan Yang Terutama (TYT) Sabah.

Beliau berkata laporan itu dibuat susulan ucapan seorang wanita ketika program Himpunan Solidariti Rakyat #Justice4Zara anjuran Ikatan Anak Muda Tawau (IKAT) di Dataran Majlis Perbandaran Tawau.

“Ucapan tersebut jelas berbaur hasutan dan tidak wajar ditujukan kepada TYT Sabah.

“Sebagai rakyat yang cintakan keamanan, kita perlu mengelakkan sebarang tindakan atau ucapan yang boleh menjejaskan keharmonian serta menimbulkan kegusaran awam,” katanya menerusi hantaran di lama Facebook rasmi beliau.

Menurutnya, memperjuangkan solidariti perlu dilakukan dengan bijaksana dan berhemah tanpa mengabaikan prinsip keadilan itu sendiri.

Beliau turut menyerahkan sepenuhnya kepada pihak berkuasa untuk menyiasat dan mengambil tindakan sewajarnya demi menjaga kestabilan serta kehormatan institusi negeri. — DEMI SABAH

ARTIKEL BERKAITAN

Most Popular