spot_img
HomeSemasaAktiviti makan Tahun Baharu Cina cetus kluster baharu di Sarawak

Aktiviti makan Tahun Baharu Cina cetus kluster baharu di Sarawak

KUCHING: Aktiviti makan sempena Tahun Baharu Cina yang diadakan pada 1 Februari lalu telah mencetuskan satu kluster baharu COVID-19 di Sarawak.

Menurut Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak dalam kenyataan hari ini, Kluster Kampung Semeba iaitu satu kluster komuniti baharu yang dikesan membabitkan sebuah kediaman persendirian terletak di Kampung Semeba, Kuching.

“Kes indeks kepada kluster itu telah dikesan melalui saringan yang dilakukan terhadap individu bergejala di fasiliti kesihatan pada 5 Februari lalu.

Menurut laporan, kes indeks turut mempunyai sejarah pulang dari Kuala Lumpur pada 31 Januari 2022. Jangkitan dipercayai berbunca daripada pergaulan sosial serta makan malam bersama yang diadakan untuk menyambut Tahun Baharu Cina pada 1 Februari 2022.

“Seramai 139 individu yang telah disaring dalam kluster tersebut dan 17 daripadanya didapati positif COVID-19 termasuk kes indeks. 122 individu selebihnya disahkan negatif,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Selain itu, kes baharu harian COVID-19 di Sarawak meningkat kepada 184 kes hari ini berbanding 129 kes semalam. – Berita Harian

ARTIKEL BERKAITAN

Most Popular