spot_img
HomePolitikUMNO dan BN perlu ketengahkan calon muda di PRU15 - Fadli Juanas

UMNO dan BN perlu ketengahkan calon muda di PRU15 – Fadli Juanas

KOTA BELUD: Ketua UMNO Bahagian Kota Belud, Fadli Juanas menyokong tindakan parti Barisan Nasional (BN), yang akan mengetegahkan calon orang muda untuk menjadi calon PRU-15 nanti.

Terdahulu, Setiausaha Agung Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir dan Datuk Seri Asyraf Wajdi Dusuki dan Ketua Puteri BN, Datuk Zahida Zarikh Khan sudah turun padang ke negeri untuk mengenalpasti calon muda yang berpotensi diketengahkan dan menjadi calon pada PRU-15.

Fadli berkata, ini memberi peluang parti UMNO, khasnya Barisan Nasional (BN) mentransformasikan parti secara tidak langsung mengetegahkan anak muda menjadi calon pilihan raya umum yang akan diadakan tidak lama lagi.

“Sudah masanya parti UMNO dan BN membuat perubahan untuk mengetengahkan orang-orang muda menjadi calon dalam PRU-15 nanti”

“Peranan pengundi 18 tahun dan generasi muda amat penting dalam memastikan kemenangan calon yang bertanding,” katanya.

Kerajaan telah bersetuju melaksanakan pendaftaran pemilih secara automatik, justeru membolehkan semua warganegara Malaysia apabila berumur 18 tahun layak mendapat hak mengundi.

Dijangkakan seramai 7.8 juta pengundi baharu akan dimasukkan ke dalam Daftar Pemilih sehingga 2023 setelah kerajaan meluluskan Undi 18, pada hujung tahun lalu.

Tambah Fadli, pola pengundi muda memainkan peranan penting dalam Pilihan Raya Umum Ke-15 yang akan datang.

ARTIKEL BERKAITAN

Most Popular