spot_img
HomePolitikMandat rakyat memilih perlu dihormati - Andi Suryady

Mandat rakyat memilih perlu dihormati – Andi Suryady

TAWAU: Ketua UMNO Sabah Bahagian Kalabakan, Andi Suryady menyokong RUU Anti Lompat Parti dikuatkuasakan sepenuhnya, sebelum Pilihan Raya Umum ke- 15 diadakan.

Semalam Dewan Rakyat meluluskan Rang Undang-Undang Perlembagaan (Pindaan) (NO.3) 2022 berkenaan Peruntukan Larangan Ahli Dewan Rakyat Bertukar Parti mendapat sokongan dua pertiga ahli parlimen.

Andi yang juga Pembantu Menteri Belia dan Sukan Sabah berkata, RUU ini bukanlah langkah penyelesaian keseluruhan tapi ianya merupakan langkah pertama yang perlu diambil dalam menjaga kestabilan politik di negara kita di masa hadapan.

Beliau juga percaya RUU Anti Lompat Parti ini mampu memelihara keutuhan prinsip demokrasi dengan memastikan mandat dan hasrat pengundi semasa Pilihanraya Umum akan sentiasa dihormati.

“Soal pelaksanaan DUN Sabah, saya percaya Kerajaan Negeri akan memastikan pelaksanaannya akan selari”

“Namun mungkin akan ada penambaikan memandangkan Sabah merupakan wilayah yang sudah bertukar kerajaan banyak kali,” katanya.

ARTIKEL BERKAITAN

Most Popular