spot_img
HomeSemasaPesawat terhempas: Jurulatih penerbangan maut, seorang cedera

Pesawat terhempas: Jurulatih penerbangan maut, seorang cedera

Ipoh: Seorang jurulatih penerbangan maut manakala seorang lagi cedera dalam insiden pesawat terhempas, di Jalan Raja Dr Nazrin Shah, dekat Medan Gopeng, semalam.

Mangsa, Fajim Juffa Mustafa Kamal, 52, dari Semenyih, Selangor, disahkan meninggal dunia di tempat kejadian, manakala Muhammad Din Fikri Zainal Abidin, 62, dari Bukit Damansara, Kuala Lumpur, mengalami kecederaan.

Dilaporkan, dalam kemalangan kira-kira jam 8.10 malam tadi, pesawat itu dipercayai terhempas dalam kawasan rumah pam Sungai Rokam milik Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) yang terletak bersebelahan sebuah kediaman penduduk.

Ketua Polis Perak, Datuk Mior Faridalathrash Wahid, berkata difahamkan kedua-dua mangsa adalah jurulatih penerbangan di sebuah sekolah penerbangan berdekatan lokasi kejadian.

Beliau berkata, dua mangsa berkenaan yang tersepit berjaya dikeluarkan dari bangkai pesawat dan dihantar ke Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) kira-kira jam 9.20 malam.

menurutnya, pihaknya sudah meminta pihak syarikat yang mengendalikan penerbangan dua mangsa itu supaya menghubungi waris mereka.

Katanya, siasatan mengenai punca sebenar kejadian diserahkan kepada Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM) yang difaham akan memulakan siasatan pada malam ini juga.

“Keadaan cuaca ketika polis sampai di tempat kejadian, adalah baik. Justeru, punca insiden masih dalam siasatan,” tambahnya lagi.

ARTIKEL BERKAITAN

Most Popular