spot_img
HomeJenayahTokan dadah dengan dua rekod lampau dicekup

Tokan dadah dengan dua rekod lampau dicekup

Kota Marudu: Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik (BSJN) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Marudu berjaya menahan seorang pengedar dadah dalam satu serbuan di Kampung Gailun Laut Pitas, awal pagi semalam.

Hasil daripada siasatan di sebuah rumah tidak bernombor di Kampung Gailun Laut berkenaan berjaya menahan seorang lelaki berumur 20-an disyaki terlibat pengedaran dadah.

Ketua Polis Daerah Kota Marudu, Superitendan Zairolnizal Ishak berkata, serbuan yang diketuai Ketua BSJND Inspektor Mohd Redzuan Amat Lin itu dijalankan hasil maklumat risikan berterusan berkenaan kegiatan pengedaran dadah di daerah ini.

“Pasukan serbuan juga menemukan dua paket plastik lutsinar berlainan saiz yang mengandungi ketulan hablur dipercayai dadah jenis Methamphetamine atau syabu seberat 53.4 gram,” jelasnya.

Pada masa yang sama, hasil siasatan turut mendapati suspek mempunyai dua rekod kesalahan lampau berkaitan dadah dan berdasarkan ujian saringan awal air kencing terhadap suspek juga menunjukkan suspek positif dadah jenis Methamphetamine.

“Suspek kini direman mengikut seksyen 117 Kanun Prosedur Jenayah mulai 18 sehingga 24 April depan bagi membolehkan siasatan lanjut dijalankan,” tambahnya.

Kes ini disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952.

ARTIKEL BERKAITAN

Most Popular