spot_img
HomeEkonomiTM sahkan daftar percubaan 5G dengan Digital Nasional

TM sahkan daftar percubaan 5G dengan Digital Nasional

KUALA LUMPUR : Telekom Malaysia Bhd (TM) mengesahkan akan menjalankan percubaan 5G dengan Digital Nasional Bhd (DNB) untuk mengoptimumkan perkhidmatan mereka.

Firma telekomunikasi itu menyatakan semasa percubaan tersebut, pelanggan pascabayar mudah alih unifi dengan peranti 5G yang diperakui akan dapat mengalami perkhidmatan 5G di kawasan terpilih dalam Kuala Lumpur, Putrajaya dan Cyberjaya.

TM menyatakan bahawa teknologi dan sambungan digital telah menjadi satu keperluan dalam ekosistem hari ini.

Pelancaran 5G tersebut akan dapat memajukan lagi penciptaan nilai untuk pengguna, mikro-PKS dan perniagaan korporat.

TM menyatakan mereka akan terus menyokong aspirasi kerajaan untuk menyampaikan 5G untuk negara dan mempercepatkan lonjakan masyarakat, perniagaan dan industri ke arah Malaysia Digital.

DNB yang dimiliki sepenuhnya oleh Menteri Kewangan, telah diberi mandat oleh kerajaan untuk menjadi parti neutral tunggal untuk melaksanakan penggunaan infrastruktur dan rangkaian 5G di seluruh negara.

DNB berkata pada 3 Disember yang lalu, mereka dijangka akan melancarkan liputan 10 peratus di Putrajaya, Cyberjaya dan Kuala Lumpur hujung bulan ini, dengan 500 tapak terkumpul.

Jumlah tersebut akan meningkat kepada 4,018 tapak atau liputan 40 peratus di kawasan berpenduduk di Pulau Pinang, Johor, Sabah, Sarawak, Selangor, Negeri Sembilan dan Perak pada tahun hadapan.

ARTIKEL BERKAITAN

Most Popular