PAPAR: Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik (BSJN), Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Papar, telah berjaya menahan empat orang lelaki tempatan di kawasan Papar dan Kinarut, pada 12 Januari lalu.
Semua suspek yang berjaya ditahan oleh PDRM IPD Papar itu, berumur diantara 30 tahun hingga 40 tahun. Salah seorang daripada suspek yang ditahan, terlibat dalam aktiviti pengedaran dadah. Manakala, tiga suspek yang lain terlibat dalam aktiviti penagihan dadah.
Hasil ujian saringan awal, pihak Polis mendapati empat orang suspek itu positif dadah, jenis Amp dan Meth. Kini, semua suspek disiasat, dibawah seksyen 15(1)(a) ADB 1952, Seksyen 12 (2) ADB 1952 dan Seksyen 39A (1) ADB 1952 dengan jumlah rampasan dadah seberat 5.90 gram dadah jenis Syabu.
Menurut laporan, kejayaan penangkapan ini, merupakan salah satu usaha Pihak PDRM mengatasi masalah penyalahgunaan dadah serta mencegah jenayah daripada berlaku secara berleluasa di daerah ini.
Ketua Polis Daerah Papar, YDH DSP Batholomew Ak Umpit, menasihati orang ramai, jika mempunyai sebarang maklumat berkaitan dadah di daerah ini, bolehlah memaklumkan kepada pihak PDRM, IPD Papar.