spot_img
HomeEkonomiRM164.12 juta peruntukan program pembangunan pendidikan dan agama

RM164.12 juta peruntukan program pembangunan pendidikan dan agama

KOTA KINABALU : Kerajaan Negeri memperuntukkan dana berjumlah RM164.12 juta bagi pelaksanaan program pembangunan pendidikan dan agama dalam Bajet Negeri tahun ini.

Perkara itu dinyatakan dalam majlis penyampaian bantuan kepada sekolah vernakular dan mubaligh, gereja dan kuil bagi tahun 2021 serta penyerahan kepala singa kepada Pertubuhan Masyarakat Tiong Hua Sabah sempena sambutan Tahun Baharu Cina 2022 yang bertempat di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah,semalam.

Ucapan Datuk Seri Hajiji Noor telah dibacakan oleh Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan merangkap Menteri Kewangan II, Datuk Seri Masidi Manjun.

Menurut Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Hajiji Noor, dana tersebut disalurkan kepada agensi kerajaan yang berkaitan, badan agama dan pendidikan.

“Langkah tersebut adalah sebagai sebahagian daripada usaha Kerajaan Negeri untuk meningkatkan kualiti modal insan serta menjamin kesejahteraan rakyat,” tambahnya.

” Ia juga selaras dengan semangat Keluarga Malaysia , dimana peruntukan itu akan memberi manfaat kepada semua agama dan kaum di negeri ini,” tambahnya lagi.

Hajiji berkata bagi tahun ini juga, Kerajaan Negeri bersetuju memperuntukkan sejumlah RM47 juta.

“Itu merupakan jumlah yang terbesar pernah ada untuk badan agama bukan Islam serta sekolah vernakular, misi dan sekolah bebas,” tambahnya.

ARTIKEL BERKAITAN

Most Popular