spot_img
HomeSemasaTiga inisiatif selesaikan kemelut Rumah Pangsa Tanjung Aru - Reduan Aklee

Tiga inisiatif selesaikan kemelut Rumah Pangsa Tanjung Aru – Reduan Aklee

Kota Kinabalu: Unit Pemimpin dan Pembangunan Masyarakat (UPMM) kawasan N22 Tanjung Aru, menyuarakan beberapa inisiatif kepada pengurusan Lembaga Pembangunan Perumahan Dan Bandar (LPPB) bagi menyelesaikan permasalahan yang dihadapi penghuni Rumah Pangsa, semalam.

Reduan Aklee, mengambil kesempatan menyuarakan perkara ini, sempena lawatan Pengerusi Lembaga Pembangunan Perumahan dan Bandar (LPPB) ke rumah pangsa. Beliau mengusulkan tiga perkara penting, hasrat dan keluhan yang dialami penghuni rumah berkenaan.

“Pertama, percepatkan laporan keutuhan bangunan Rumah Pangsa serta menyalurkan maklumat laporan yang berkepentingan kepada kebajikan penghuni khususnya,”

“Perkara kedua, sekiranya bangunan (perumahan) masih kukuh dan boleh digunakan, maka perlu adanya pencarian dana peruntukan bagi tujuan pembaikpulih infrastruktur bangunan,” katanya.

Reduan juga mencadangkan, sekiranya perpindahan tidak dapat dielakkan, maka pertimbangkanlah penempatan yang baru dan lebih dekat seperti kawasan Penampang dan Putatan.

Dalam pada masa yang sama, beliau turut menyeru agar Datuk Pengerusi LPPB, bertindak memohon kerjasama daripada pihak berkaitan seperti Kementerian Kerajaan Tempatan dan Perumahan, Majlis Daerah Penampang dan Majlis Daerah Putatan serta tidak ketinggalan Dewan Bandaraya Kota Kinabalu bagi mengenalpasti kekosongan Rumah PPR untuk menempatkan penghuni rumah pangsa yang berkeperluan.

Sementara itu, menurut beliau, ketiga perkara yang dilontarkan ini adalah hasil intipasti daripada perbincangan pihaknya bersama LPPB sebelum ini pada 6 Januari lepas.

“Semoga kerajaan prihatin terhadap isu ini dan sama-sama mencari titik persamaan bagi menyelesaikan masalah penduduk disini,” tambahnya lagi.

ARTIKEL BERKAITAN

Most Popular