spot_img
HomeSemasaTekanan air rendah susulan kejadian di loji Segaliud - Vivian

Tekanan air rendah susulan kejadian di loji Segaliud – Vivian

SANDAKAN: Penduduk di sekitar Sandakan berdepan masalah tekanan air rendah sepanjang hari ini susulan kejadian luar jangkaan yang berlaku di Loji Rawatan Air Segaliud semalam.

Menurut Ahli Parlimen Sandakan, Vivian Wong Shir Yee makluman diberikan Jabatan Air Negeri Sabah (JANS), paras takungan utama di loji berkenaan kini berada pada tahap yang sangat rendah sehingga menjejaskan agihan air kepada pengguna.

“Seluruh kawasan Sandakan dijangka mengalami masalah tekanan air rendah.

“Pasukan teknikal kami sedang menjalankan usaha segera bagi memulihkan keadaan,” katanya menerusi hantaran di Facebooknya hari ini.

Beliau berkongsi maklumat berkenaan di laman sosial beliau sebagai langkah memberi makluman awal kepada penduduk setempat.

Vivian menasihatkan pengguna agar berjimat cermat menggunakan bekalan air yang ada sehingga keadaan kembali pulih.

Bagaimanapun tinjauan di dalam saluran media sosial JANS tidak menemui perkembangan semasa berkaitan perkara itu. — DEMI SABAH

ARTIKEL BERKAITAN

Most Popular