spot_img
HomeEkonomiSidang parlimen bermula 15 Februari, tumpuan Belanjawan 2023 | Demi Sabah

Sidang parlimen bermula 15 Februari, tumpuan Belanjawan 2023 | Demi Sabah

KUALA LUMPUR: Istiadat pembukaan Parlimen bermula pada 15 Februari hingga 21 Februari yang akan tertumpu kepada Belanjawan 2023.

Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dijadual menyempurnakan Istiadat Pembukaan Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Parlimen ke-15.

Pada 19 Disember lalu, telah diadakan persidangan Dewan Rakyat pertama di bawah Kerajaan Perpaduan pimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berlangsung selama dua hari.

Ketika itu, pembentangan usul undi percaya bagi keabsahan pelantikan Anwar sebagai Perdana Menteri ke-10, serta pembentangan bajet mini.

Pembentangan semula Rang Undang-Undang Perbekalan 2023 oleh Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan, yang dijadual berlangsung pada 24 Februari.

Rang Undang-undang itu seterusnya akan dibahas di peringkat dasar selama enam hari bermula 27 Februari serta sesi jawapan menteri pada 8 Mac dan 9 Mac, sebelum disusuli perbahasan peringkat jawatankuasa pada 13 Mac hingga 28 Mac. –  Berita Harian

ARTIKEL BERKAITAN

Most Popular