SANDAKAN : Pasukan Polis Marin (PPM) Sandakan berjaya menahan 2 buah bot yang disyaki membawa barang kawalan tanpa sebarang permit daripada pihak berkuasa di kawasan pesisir pantai Kg Bakau semalam.
Pegawai Pemerintah Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah 4 Sandakan Sabah DSP Rusdin Bin Banin berkata Polis Marin telah menahan bot tersebut dalam keadaan mencurigakan di perairan tersebut.
“Pemeriksaan lanjut mendapati terdapat barang kawalan beberapa Jeriken minyak petrol dan minyak masak,” tambahnya.
“Kesemua barang rampasan dibawa ke Markas Operasi PPM Sandakan untuk tindakan lanjut. Nilai rampasan termasuk bot dan enjin dianggarkan berjumlah RM44,757.50. Kes disiasat di bawah Akta Kawalan Bekalan 1961,” tambahnya lagi.
Pasukan Polis Marin menyarankan masyarakat terutama masyarakat maritim dan persisir pantai menyalurkan maklumat kepada Pasukan Polis Marin Wilayah 4 Sabah melalui aplikasi WhatsApp ke talian 0139391197 atau berhubung terus dengan mana-mana balai berdekatan.