spot_img
HomeSemasaRiuh Bah! Bersama Hotlink, selaras aspirasi Keluarga Malaysia

Riuh Bah! Bersama Hotlink, selaras aspirasi Keluarga Malaysia

KOTA KINABALU: Riuh Bah! Bersama Hotlink, merupakan edisi kedua Jelajah 14 Riuh Keluarga Malaysia, anjuran Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (K-KOMM) dengan kerjasama rakan strategik Maxis menerusi Hotlink.

Menariknya, Sabah dipilih sebagai destinasi tahun ini dan program tersebut berlangsung selama tiga hari, bermula 3 hingga 5 Jun di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC).

Menurut Menteri K-KOMM, Annuar Musa, program itu disokong Kerajaan Negeri Sabah selaras dengan aspirasi Keluarga Malaysia yang diilhamkan oleh Perdana Menteri, Ismail Sabri Yaakob.

“K-KOMM sentiasa berusaha untuk menyatupadukan semua rakyat Malaysia, merapatkan jurang, memulihkan ekonomi dan mencapai kestabilan dengan menghubungkan usahawan kreatif,” katanya.

Dalam pada itu, K-KOMM giat meneruskan usaha ini melalui program Riuh Keluarga Malaysia, anjuran bersama jabatan dan agensi di bawah K-KOMM, serta diterajui oleh MyCreative Ventures Sdn Bhd (MyCV).

Riuh Bah! Bersama Hotlink, dijadualkan berakhir pada 5 Jun ini bertujuan mengetengahkan dan meraikan bakat, sertakemahiran penggiat seni daripada 10 cabang industri kreatif yang mewakili kepelbagaian semua etnik di Sabah.

Pelbagai aktiviti menarik, termasuk persembahan seni dan muzik, bengkel kreatif, pameran seni, gerai “pop-up”, aneka makanan dan minuman disediakan sepanjang program berlangsung.

Sementara itu, program ini mampu menonjolkan kepelbagaian seni budaya di Sabah yang terdiri daripada lebih 30 etnik, 217 sub-etnik serta menggunakan lebih 50 bahasa dengan tidak kurang 90 dialek.

Program sebegini amat penting dianjurkan agar kepelbagaian identiti, budaya, adat resam dan tradisi dibangkitkan dalam membangunkan industri kreatif dan pelancongan di Sabah, serta meningkatkan kesedaran kepentingan industri kreatif tempatan.

ARTIKEL BERKAITAN

Most Popular