spot_img
HomeEkonomiSasaran pendapatan isi rumah RM10,000 sebulan

Sasaran pendapatan isi rumah RM10,000 sebulan

KUALA LUMPUR: Berikutan daripada pelbagai strategi yang diperkenalkan untuk memulih dan memperkukuh asas ekonomi negara terutama melalui pelaksanaan amalan alam sekitar, sosial dan tadbir urus (ESG), kerajaan yakin sasaran pendapatan isi rumah sebanyak RM10,000 sebulan mampu dicapai menjelang tahun 2025.

Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz, berkata Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK-12) turut menggariskan langkah bagi merapatkan jurang ekonomi antara Lembah Klang dengan Sabah dan Sarawak.

Jelasnya lagi, RMK-12 menggariskan pelbagai langkah yang sentiasa menjadi dasar belanjawan tahunan serta langkah khusus yang memberi kehidupan kepada aspirasi jangka masa panjang lain.

Fokus kepada ESG dan kemampanan adalah tepat pada masanya ketika negara sedang menavigasi landskap belum pernah berlaku sebelum ini yang boleh membawa kepada ketidaksamaan sosial dan jurang kekayaan melebar.

“Semua risiko ESG ini semakin terjejas oleh COVID-19, dimana dalam dua tahun kebelakangan pandemik ini banyak menghalang kemajuan pembangunan negara. Bagi mencapai matlamat ini, kita mesti menjadi lebih tangkas dan cekap, serta menerima dan menggabungkan ESG ke dalam penggubalan dasar dan operasi perniagaan,” katanya.

Kerajaan juga telah membina hala tuju sosio-ekonomi negara yang lebih berdaya tahan untuk bergerak ke hadapan. MOF juga telah mengutamakan beberapa strategi bagi memacu pembinaan negara yang mampan seperti memperkukuh pembiayaan berkaitan kemampanan dengan menyelaraskan inisiatif dan memperkasakan program berkaitan ESG.

Beliau berkata, di peringkat kementerian dan negara, melalui belanjawan tahunan secara khususnya, MOF menandakan semua program dan projek di bawah perbelanjaan pembangunan kepada ESG.

“Malaysia adalah antara 10 negara di dunia yang telah menjajarkan sepenuhnya langkah belanjawan negara untuk ESG,” katanya.

Kerajaan juga akan memperkasakan perusahaan kecil dan sederhana (PKS) dengan ESG, memandangkan sektor itu adalah penyumbang besar kepada ekonomi
dan menggaji hampir 50 peratus tenaga kerja negara.

Melalui prinsip untuk Tadbir Urus Baik (PGG) yang akan dilaksanakan oleh Syarikat Pelaburan Berkaitan Kerajaan (GLIC), kerajaan menyasarkan untuk memangkinkan penerimaan prinsip ESG oleh PKS.
Katanya, secara terkumpul enam ESG menguruskan RM1.7 trilion aset dan menyokong ekosistem yang besar terdiri daripada PKS.

“Pelaksanaan PGG akan melengkapkan ekosistem GLIC-PKS untuk pertumbuhan permintaan pasaran dan pelaburan berkaitan ESG global. Belanjawan 2022 juga menyediakan langkah pembiayaan khusus untuk menyokong PKS dalam menyepadukan prinsip ESG ke dalam operasi mereka. Selain itu, kerajaan melalui MOF turut menginstitusikan ESG melalui penubuhan Tabung Amanah Matlamat Pembangunan Mampan Malaysia dengan kerjasama Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) di Malaysia,” tambahnya.

ARTIKEL BERKAITAN

Most Popular