spot_img
HomeSemasaRemaja perempuan cedera pokok hempap rumah

Remaja perempuan cedera pokok hempap rumah

KENINGAU: Seorang remaja perempuan berusia 14 tahun cedera di bahu selepas rumahnya dihempap pokok tumbang dalam kejadian di Jalan Rumah Murah Kampung 3 Tayar, di sini, pagi tadi.

Pusat Gerakan Operasi (PGO), Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Sabah menerima panggilan kecemasan jam 8.05 pagi sebelum sebuah jentera Fire Rescue Tender (FRT) bersama tujuh anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Keningau digerakkan ke lokasi sejauh enam kilometer.

Keadaan pokok tumbang menghempap rumah mangsa.

Komander Operasi, Norhasrita Abdul Manan berkata, sebaik tiba di lokasi, pihaknya mendapati dua buah rumah tidak kekal mengalami kerosakan di bahagian atap akibat dihempap pokok tumbang.

“Seorang mangsa perempuan berusia 14 tahun dilaporkan cedera di bahagian bahu selepas terkena dahan pokok yang jatuh di ruang tamu rumah.

“Mangsa telah dihantar ke hospital oleh keluarganya sebelum ketibaan pasukan bomba,” katanya.

Menurutnya, pasukan bomba bertindak memotong pokok menggunakan gergaji berantai sebelum mengalihkan sisa pokok ke kawasan selamat bagi mengelakkan bahaya kepada orang awam.

Operasi ditamatkan sepenuhnya jam 11.05 pagi selepas keadaan disahkan selamat dan terkawal.– DEMI SABAH

ARTIKEL BERKAITAN

Most Popular