Putrajaya: Dato Sri Dr Anil Jeet Singh memberi saranan kepada pihak kerajaan agar pusat-pusat pelancongan seluruh Malaysia perlu dibuka bagi merancakkan lagi, industri pelancongan negara yang malap akibat pandemik covid-19.
Anil yang juga Timbalan Pengerusi Lembaga Pengalakan Pelancongan Malaysia berharap kerajaan negeri dan persekutuan bekerjasama dalam mengariskan standard operating procedure (SOP) yang ketat dalam menjayakan hasrat kerajaan, menghidupkan semula sektor pelancongan negara.
“Kita tidak mahu industri pelancongan dibuka, kemudian ditutup semula akibat covid-19 lagi. Pihak kerajaan perlu melaksanakan kaedah-kaedah yang berkesan mengariskan SOP yang ketat. Seperti melaksanakan Kit Ujian Pantas (RTK) kepada semua individu di setiap pintu masuk negeri”
“Pemain industri dan ahli akademik perlu dilibatkan dalam menghasilkan garis panduan SOP yang berkesan dalam menjayakan program ini” katanya.

Pada 16 September kerajaan bersetuju untuk membuka sektor pelancongan di beberapa destinasi di bawah program gelembung perjalanan, di bawah program “travel bubble”.
Pulau Langkawi sebagai projek rintis berdasarkan syarat-syarat yang telah ditetapkan, namun dukacitanya beberapa kes covid-19 dikesan di pulau peranginan itu.
149 kes positif dikesan di Langkawi sejak 16 September.