spot_img
HomeEkonomiPeniaga kelapa sawit, rugi RM285,000, ditipu scammer pelaburan | Demi Sabah

Peniaga kelapa sawit, rugi RM285,000, ditipu scammer pelaburan | Demi Sabah

ALOR GAJAH: Akibat terpedaya pelaburan tidak wujud melalui iklan ditawarkan di laman sosial Facebook, seorang peniaga kelapa sawit mengalami kerugian RM285,000.
Memetik Astro Awani, mangsa berusia 46 tahun yang ketika itu berada di rumah, terlihat iklan pelaburan syarikat menjanjikan pulangan 20 peratus setiap minggu.
Ketua Polis Daerah Alor Gajah Supt Arshad Abu berkata pada 24 April lepas, Pengadu berhubung dengan suspek yang mengaku namanya ‘Annie’ di talian WhatsApp sebelum membuat bayaran secara berperingkat berjumlah RM285,000 ke dalam tiga akaun bank berlainan.
“Mangsa juga telah log masuk ke laman web suspek dan terperdaya dengan tawaran yang menunjukkan telah terima 20 peratus untuk minggu pertama keuntungan pelaburan dan menyebabkan pengadu menambah pelaburan,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Bagaimanapun, pengadu kemudiannya menyedari laman web tersebut tidak boleh diakses dan membuat laporan polis setelah tidak mendapat keuntungan seperti dijanjikan malah mendapati wang modalnya juga lesap. – Astro Awani
ARTIKEL BERKAITAN

Most Popular