spot_img
HomePolitikMusliati Moslimin pertahan jawatan, Ketua UMNO Bahagian Kota Kinabalu

Musliati Moslimin pertahan jawatan, Ketua UMNO Bahagian Kota Kinabalu

KOTA KINABALU: Musliati Moslimin dipilih semula sebagai Ketua UMNO Bahagian Kota Kinabalu bagi penggal 2023-2026.

Terdahulu, Jawatankuasa Pemilihan UMNO (JPU) telah menangguhkan pemilihan empat bahagian, UMNO Bahagian Kota Kinabalu, Tanah Merah, Johor Bahru dan Beluran disebabkan beberapa masalah dihadapi.

“Alhamdulillah, saya memanjatkan kesyukuran kehadrat Allah SWT diatas kemenangan ini”

“Kemenangan ini merupakan tanggungjawab yang besar untuk dipikul dan peluang kepada saya untuk memimpin UMNO Bahagian Kota Kinabalu dengan lebih cemerlang,” kata Musliati ketika dihubungi demisabah.com.

Musliati yang juga Exco Wanita UMNO Malaysia berkata, walaupun UMNO Kota Kinabalu telah melalui pelbagai situasi yang berlaku sebelum ini, beliau menganggapnya sebagai ujian di dalam kepimpinan.

Tambahnya, segala perkara yang berlaku, telah diputuskan oleh kepimpinan UMNO di peringkat pusat.

Proses pemilihan UMNO Bahagian Kota Kinabalu telah dilaksanakan oleh UMNO Negeri Sabah dan UMNO Bahagian Putatan mengikut SOP yang ditetapkan berpandukan kepada perlembagaan parti dan peraturan mesyuarat.

Proses pemilihan UMNO Bahagian Kota Kinabalu.

“Alhamdulillah perjalanan mesyuarat perwakilan diadakan dengan semangat perjuangan para perwakilan dengan penuh harmoni,” jelasnya.

Musliati memberitahu, sekarang adalah masanya untuk kita rapatkan saf, maju ke hadapan dan memperkasakan parti keramat ini bertunjangkan dengan semangat perjuangan yang ikhlas dan kejujuran.

“Kita akan lebih bergiat aktif bersama barisan kepimpinan bagi merangka pelbagai program kemasyarakatan yang akan memberi impak positif kepada rakyat khasnya,” katanya.

Keputusan Pemilihan Bahagian UMNO Kota Kinabalu, Timbalan Ketua Bahagian, Mohd Azmi Amir Hussin, Naib Ketua Bahagian, Insan Bin Muslimin.

Manakala Ketua Wanita Bahagian Kota Kinabalu disandang oleh, Rosnah Abdullah, Ketua Pemuda, Abdel Fateh Hassan dan Ketua Puteri, Dg Raziela Awang Rahim.

 

ARTIKEL BERKAITAN

Most Popular