spot_img
HomeEkonomiBoleh tuntut ganti rugi, kenderaan rosak sebab jalan raya | Demi Sabah

Boleh tuntut ganti rugi, kenderaan rosak sebab jalan raya | Demi Sabah

KOTA KINABALU: Menteri Kerja Raya Sabah, Datuk Shahelmey Yahya berkata, pengguna jalan raya di negeri Sabah boleh menuntut ganti rugi kepada Jabatan Kerja Raya (JKR), jika kenderaan rosak akibat jalan raya.

Timbalan Ketua Menteri Sabah memberitahu kepada pemberita, selepas melancarkan Minggu Integriti Kementerian Kerja Raya di sini pada Isnin.

Walau bagaimanapun, tuntutan itu boleh dibuat menerusi proses di mahkamah.

“Ini ‘case to case basis’, boleh. Kena buat laporan dengan bukti-bukti yang mencukupi dan melalui proses di mahkamah,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditanya soalan berkenaan pengguna jalan raya di Sabah, boleh membuat tuntutan pampasan daripada Jabatan Kerja Raya (JKR) jika berlaku kerosakan kenderaan disebabkan keadaan jalan raya yang rosak.

Terdahulu, beberapa kejadian kenderaan rosak akibat jalan yang tidak berapa baik di Sabah tular di media sosial. – Sinar Harian

ARTIKEL BERKAITAN

Most Popular