SOOK: Ketua Kampung Mambulu, Yulidi Joseph bersyukur setelah berpuluh tahun menunggu air bersih ke kampung beliau, akhirnya akan dilaksanakan oleh pihak kerajaan negeri.
“Berterima kasih kepada Datuk Ellron dan kerajaan negeri Sabah, kerana membagi peruntukan yang membanggakan”
“Selama ini kami menunggu dalam berapa puluh tahun sudah, air tidak sampai-sampai sini,” katanya.
Berita gembira itu diumumkan oleh Adun Sook, Datuk Ellron Alfred Angin yang juga Menteri Belia Sukan Sabah di Program Taklimat Isu-su Semasa Anjuran Pejabat Penerangan Keningau.
“Saya mohon kepada Jabatan Air Sabah, supaya pelaksaan projek air dibeberapa kampung sepanjang jalan Mambulu dan seterusnya Dalit ini dapat dilaksanakan dimasa terdekat” katanya.
Menurut beliau, sejumlah RM20 juta, diperuntukan oleh kerajaan negeri Sabah, bagi membina saluran air paip bersih dan kerja akan dilaksanakan setelah lantikan kontraktor.