spot_img
HomePolitikPergerakan Pemuda UMNO Beaufort, solid berketerampilan - Awang Aslee

Pergerakan Pemuda UMNO Beaufort, solid berketerampilan – Awang Aslee

BEAUFORT: Mesyuarat Pemuda UMNO Bahagian Beaufort kali ke-2 telah berlangsung hari ini dengan kehadiran Ketua UMNO Bahagian, Datuk Awang Aslee Lakat di Pejabat Kemas Beaufort.

Program berlangsung dengan Majlis Angkat Sumpah Jawatankuasa Bahagian Pemuda UMNO Beaufort diketuai oleh Ak Mohd Yazri Mohd Yahaya.

Ketua UMNO Bahagian Beaufort, Datuk Awang Aslee berkata, Ketua Pemuda telah menaikkan imej pemuda yang sebenar dan berjaya mengangkat martabat Pemuda UMNO Beaufort ditempat yang sepatutnya.

“Saya ucapkan tahniah kepada Ketua Pemuda dan Naib Ketua Pemuda kerana telah berjaya membentuk kepimpinan Pemuda Beaufort dengan begitu solid yang dianggotai oleh golongan profesional, peguam, guru dan usahawan,” katanya.

Jelas Awang, Pemuda UMNO Beaufort sekarang telah mula menjadi perhatian seluruh pergerakan pemuda bahagian Sabah dengan gerak kerja dan keterampilan mereka.

“Tidak seperti sebelum ini yang tak ubah seperti hidup segan mati tak mahu,” tambahnya.

Majlis Angkat Sumpah Jawatankuasa Bahagian Pemuda UMNO Beaufort.
Datuk Awang Aslee bersama Ketua Pemuda UMNO Beaufort Ak Mohd Yazri Mohd Yahaya dan Naib Ketua Pemuda, Mohd Nazrul Sofri.

Awang Aslee mengingatkan kepada semua Pemuda Bahagian Beaufort bahawa Pilihan Raya Negeri (PRN) akan berlaku selewatnya dua tahun lagi.

“Saya menyeru pemuda menyusun gerak kerja yang mampan terutama sekali mencari kaedah bagaimana kita dapat menarik pengundi-pengundi muda yang sentiasa bertambah setiap tahun”

“Minta mereka mengundi kita dan meletakkan UMNO/BN sentiasa berada di dalam jiwa mereka,” katanya.

Beliau menyeru kepada Pemuda menyediakan program-program di kawasan PDM masing-masing yang boleh menarik penyertaan golongan muda, terutama sekali mereka yang masih menuntut di sekolah menengah dan pengajian tinggi.

ARTIKEL BERKAITAN

Most Popular