BEAUFORT : Keputusan rasmi untuk pencalonan dikeluarkan oleh Dr Hajah Siti Aidah Hj. Lukin selaku Pengerusi pemilihan Ahli Majlis Tertinggi (AMT) Persatuan Bisaya Bersatu Sabah (PBBS) sesi 2022-2024 di Ibu Pejabat PBBS, Bangunan Kebudayaan dan Kesenian Bisaya Beaufort pada pukul 5 petang, Sabtu lepas.
Dua pencalonan telah diterima untuk jawatan Presiden dalam AMT PBBS bagi sesi 2022-2024 iaitu Haji Ruslan Muharam, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lumadan dan Datuk Isnin Hj Aliasnih, ADUN Klias.
Terdapat juga empat pencalonan untuk jawatan Timbalan Presiden, 16 pencalonan untuk Naib-Naib Presiden dan untuk Ahli Majlis Tertinggi, terdapat 93 pencalonan.
Pemilihan untuk semua jawatan tersebut adalah berdasarkan perlembagaan PBBS yang diadakan tiga tahun sekali, yang mana tempoh sesi sebelum ini telah berakhir.
Kempen akan bermula Isnin 22 November sehingga 28 Disember ini.