spot_img
HomePolitikKemenangan di Melaka titik permulaan rakyat pilih Barisan Nasional PRU15 - Fadilah...

Kemenangan di Melaka titik permulaan rakyat pilih Barisan Nasional PRU15 – Fadilah Sarbi

Kota Kinabalu: Kemenangan besar Barisan Nasional (BN) di Pilihan Raya Negeri Melaka dengan menang 21 kerusi daripada 28 kerusi dipertandingkan boleh dianggap menakjubkan atau orang putih kata fantastic.

Wartawan demisabah sempat meninjau kempen jentera BN Sabah di Melaka, membantu calon UMNO menang di Dun Duyong, Mohd Noor Helmy dan Abdul Razak Abdul Rahman Telok Mas.

Selepas Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengesahkan kemenangan Barisan Nasional (BN) di Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka. Demisabah sempat menemubual Datuk Fadilah Sarbi Ketua Puteri UMNO Sabah untuk mengulas lanjut kemenangan bergaya BN di Melaka.

Bagaimana perasaan Datuk melihat kemenangan bergaya Barisan Nasional (BN) di Melaka?

Kepimpinan UMNO Sabah dan Puteri UMNO Sabah khususnya, cukup gembira dan merasakan perjuangan di Melaka sangat berbaloi.

Undian majoriti kepada BN keseluruhan 21 kerusi ini dilihat, bahawa perjuangan BN telah kembali pulih dan rakyat juga telah dapat membandingkan terutamanya fakta, data ataupun auta.

Dilihat rakyat benar-benar memerlukan sebuah kerajaan yang stabil untuk pemulihan pasca Covid-19. Secara peribadi juga, melihat rakyat di negeri Melaka mahu meneruskan kepimpinan YAB Datuk Seri Sulaiman Md Ali.

Adakah ini satu petanda BN bakal kembali menang besar pada PRU 15 nanti?

Pada PRU-15, mungkin kemenangan di Melaka boleh menjadi satu penanda aras, namun bukan menjamin kepada kemenangan mutlak. UMNO dan BN perlu terus bekerja lebih keras untuk membuktikan parti ini terus relevan dan berjiwa rakyat.

Sesuatu perkara cukup besar tetapi tidak mustahil. Jika perkara yang disebutkan ini dapat dilakukan tidak mustahil parti ini mendapat mandat yang besar semula.

Datuk Fadilah Sarbi bersama Datuk Seri Bung Moktar Radin bersama jentera BN Sabah 
Puteri UMNO Sabah di Rumah Sabah Melaka

Adakah kemenangan Melaka satu petanda rakyat akan memberi kemenangan kepada calon Barisan Nasional (BN) PRU-15 di Sabah?

Secara keseluruhannya politik di Sabah lebih rencam berbanding di Melaka. Namun, adalah tidak keterlaluan jika saya katakan bahawa kemenangan BN di Melaka ini juga adalah booster untuk jentera dan kepimpinan UMNO Sabah terus bekerja dan menyantuni rakyat. Kini rakyat sudah cukup matang dalam politik dan perkembangan politik negara dan negeri hanya dihujung jari.

Saya tidak menolak perkembangan ini boleh menjadi titik permulaan kepada rakyat untuk memilih BN. Namun, kombinasi kerja, kebajikan dan santunan kepada rakyat juga perlu dititikberatkan. Sejarah boleh dilihat tetapi diikuti dengan tindakan, insyaaAllah ramuan ini akan dipertimbangkan rakyat Sabah.

 

 

 

 

ARTIKEL BERKAITAN

Most Popular