spot_img
HomeJenayahPATI diusir cuba masuki perairan Sandakan

PATI diusir cuba masuki perairan Sandakan

Sandakan: Sebuah bot yang dinaiki oleh seorang pendatang asing tanpa izin (PATI) dari Filipina diusir ketika cuba menceroboh masuk perairan negara, berhampiran Pulau Berhala lewat petang, semalam.

Pegawai Pemerintah Markas Operasi Pasukan Polis Marin Wilayah 4 Sandakan, DSP Rusdin Banin berkata, operasi pengusiran ini dilakukan oleh sepasukan anggota PPM dari Markas Operasi dikirakan pada jam 4.30 petang.

“Semasa melakukan rondaan, Pasukan Polis Marin Sandakan telah mengesan sebuah bot dalam keadaan yang mencurigakan dari perairan jiran cuba memasuki perairan negara sebelum ianya berjaya dipintas”

Hasil pemeriksaan mendapati seorang lelaki dewasa berada di dalam bot dan didakwa berasal daripada Pulau Taganak, Filipina. Bot tersebut kemudiannya di usir keluar setelah diiring sehingga keluar dari perairan negara.

DSP Rusdin Banin berkata, pasukannya tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak yang cuba membolosi persempadanan negara serta sentiasa komited dalam menjalankan tanggungjawab penguatkuasaan kawalan pergerakan di kawasan perairan khususnya Sandakan.

Pasukan Polis Marin W4 Sabah menggalakkan masyarakat persisir pantai dan maritim khususnya untuk menyalurkan apa-apa maklumat melalui aplikasi WhatsApp di talian 013-9391197 bagi memastikan keselamatan dan kemakmuran setempat terjaga dan terkawal.

ARTIKEL BERKAITAN

Most Popular