KOTA KINABALU : Kenyataan Jabatan Air Negeri Sabah (JANS) telah menggemparkan penduduk kawasan Sepanggar mengenai kecurian air semakin meruncing.
Jabatan Air Negeri Sabah (JANS) menganggarkan sebanyak enam hingga lapan juta liter air dicuri setiap hari di sekitar Sepanggar.
Pengarah Jabatan Air Negeri Sabah, Ir Edward berkata bahawa jumlah air yang telah dicuri setiap hari telah menyebabkan berlakunya masalah air sehingga menyebabkan masyarakat sekeliling menghadapi kesukaran untuk mendapatkan bekalan air bersih.
Beliau turut menjelaskan bahawa kejadian kecurian air berlaku di kawasan Sepanggar adalah berpunca kerana kehadiran pendatang asing tanpa izin (PATI) atau setinggan yang didiami oleh warga asing atau tempatan yang menggunakan air secara haram.
Jika permasalahan ini dapat dielakkan, tekanan air dapat dipertingkatkan sekaligus dapat menampung isu permasalahan air yang dihadapi dikawasan utama seperti masalah air di University Utama Condominium (UUC) dan University Condo Apartment 2 (UCA2) yang telah viral di media sosial pada minggu lalu kerana sistem catuan masalah air yang teruk.
Susulan itu, beliau mengharapkan agar penguatkuasaan perlu dilakukan secara bersepadu bersama dengan beberapa agensi lain kerana terdapat beberapa perkara yang wujud bukan dibawah kendalian bidang kuasa jabatan JANS.