spot_img
HomeDuniaOperasi menyelamat mangsa gempa bumi di Indonesia

Operasi menyelamat mangsa gempa bumi di Indonesia

JAKARTA: Selepas dikhabarkan dengan bencana gempa bumi kuat yang menggegarkan pulau Sumatera sebelum ini, pasukan penyelamat mula melakukan operasi mencari enam orang yang masih hilang dalam bencana terbabit.

Bencana itu mencatatkan jumlah mangsa yang terlibat sekurang-kurangnya lapan orang manakala puluhan lagi mengalami kecederaan.

Jabatan Kajian Geologi Amerika Syarikat (USGS) memaklumkan, gempa bumi berukuran 6.2 magnitud melanda utara pulau itu pada kedalaman 12 kilometer menyebabkan ribuan orang kehilangan tempat tinggal.

Ratusan rumah dan bangunan termasuk masjid, sekolah dan bank mengalami kerosakan teruk dan keadaan ini memaksa penduduk yang untuk berpindah. Semua penduduk segera ditempatkan ke kawasan selamat di tempat perlindungan sementara.

“Pada masa ini pencarian sedang dijalankan dalam usaha mencari enam orang yang kami percaya tertimbus oleh tanah runtuh,” kata jurucakap Badan Nasional Tindakan Bencana (BNPB), Abdul Muhari, dalam kenyataan hari ini.

BBPB memaklumkan sekurang-kurangnya 86 orang cedera dalam gempa itu, dengan 10 mengalami kecederaan parah. Lebih 6,000 orang lagi telah dipindahkan di Pasaman Barat dan bandar Pasaman di Sumatera, yang mana pekerja penyelamat menggunakan jentera berat untuk mencari mangsa yang terselamat di dalam runtuhan bangunan.

Badan Meteorologi, Iklim dan Geofizik Indonesia (BMKG) memberi amaran kepada orang ramai supaya menjauhi kawasan cerun kerana dibimbangi berlaku tanah runtuh pada kemuncak musim hujan. Pihak berkuasa di Pasaman Barat pula mengisytiharkan darurat dengan tempoh dua minggu sementara usaha mencari dan bantuan diteruskan.

“Orang ramai yang terjejas akibat gempa itu memerlukan segera selimut, khemah, makanan segera, air bersih dan keperluan keluarga,” tambah Muhari.

Dengan itu, penduduk setempat diharapkan untuk terus melindungi diri di tempat yang selamat agar proses pencarian dan bantuan dalam dikendalikan dengan lancar.

ARTIKEL BERKAITAN

Most Popular