spot_img
HomeSemasaSabah rekod 3,735 kes baharu COVID-19

Sabah rekod 3,735 kes baharu COVID-19

KOTA KINABALU: Sabah merekodkan sebanyak 3,735 kes baharu COVID-19 hari ini, yang menunjukkan penurunan sebanyak 521 kes berbanding hari sebelumnya.

Jurucakap perkembangan harian COVID-19 Sabah, Datuk Masidi Manjun berkata, bagaimanapun peratusan jangkitan sporadik masih tinggi dengan mencatatkan 66.45 peratus daripada kes keseluruhan.

Menurut Masidi, ini adalah petanda bahawa jumlah kes baharu boleh meningkat secara mendadak akibat jangkitan sporadik dalam komuniti yang boleh merebak dengan cepat dalam lingkungan yang luas.

“Kota Kinabalu mencatatkan jumlah keputusan tertunggak yang paling tinggi di Sabah yang turut menyebabkan jumlah kes harian kekal berada pada empat angka sejak beberapa hari,” katanya dalam kenyataan hari ini.

“Daripada 1039 kes di Kota Kinabalu hari ini, hanya 19 kes yang berlaku sepanjang tempoh 24 jam yang lalu berdaftar dalam statistik kes harian hari ini.

Susulan itu, sebanyak 296 kes merupakan kes tertunggak antara dua hingga tiga hari manakala 724 kes adalah kes keputusan tertunggak empat hari atau lebih. Ini juga termasuk 89 kes yang tertunggak melebihi 12 hari.

“Hanya tujuh daerah yang mencatatkan peningkatan kes manakala 20 daerah lagi mencatatkan penurunan kes harian, hari ini,” katanya. – Utusan Borneo

ARTIKEL BERKAITAN

Most Popular