spot_img
HomeSosiobudayaMemorial Park Sandakan, imbau peristiwa The Death March

Memorial Park Sandakan, imbau peristiwa The Death March

Sandakan terletak di latitut 5 darjah 30 nautika dari arah utara hingga 6 darjah 17 nautika utara, dan pada kedudukan longitud ialah 117 darjah 37 nautika dari arah Timur hingga 118 darjah 21 nautika Timur. Daerah ini ialah bandar paling timur di latitud Malaysia dan bandar paling timur di Sabah.

Bandar Sandakan terletak kira-kira 28 kilometer dari sempadan Filipina dan wujud tempat kediaman sejak tahun 1948. Mengikut catatan sejarah, nama Sandakan berasal daripada perkataan Sulu “SANDAK”, yang bermaksud “kedai pajak gadai”. Jadi keseluruhan maksudnya ialah “kota bidak”.

Sejarah bandar ini boleh dikesan sejak abad ke-15 hingga kini. Kota ini pernah diperintah oleh Kesultanan Sulu dan dibuka oleh suku kaum pedagang Suluk dari Austria, Jerman dan Scotland.

Sebelum Sabah menyertai Malaysia, ia adalah sebuah bandar di bawah pemerintahan British dari 1879 hingga 1969. Pemerintahan Jepun dari tahun 1942 hingga 1945 meninggalkan banyak insiden yang menyakitkan dalam kalangan penduduk Sandakan khususnya ahli perniagaan Cina.

Sandakan penuh dengan sejarahnya tersendiri yang masih terpelihara dengan baik. Pemandangan semula jadi yang kaya di Sandakan menarik pelancong asing dan pelancong tempatan. Perkataan “SAN” juga bermaksud “lautan, pengembaraan dan alam semula jadi”, yang menarik ramai pelancong ke sini. Oleh itu, kota ini mempunyai banyak tempat menarik untuk dikunjungi. Antaranya ialah Sandakan Memorial Park.

Foto – Noor Izzah Azwa Alsam

Tahukah anda bahawa, Sandakan Memorial Park ini mempunyai kisah sejarah yang tersendiri. Ianya digelar peristiwa The Death March, peristiwa ini juga dikenali sebagai peristiwa “Kawad Maut”.

Peristiwa ini bermula pada tahun 1942 iaitu semasa Perang Dunia ke-2, tentera Jepun mengalami kekangan dari segi bekalan untuk berperang melawan musuh terutama bekalan minyak yang digunakan untuk kapal terbang perang mereka.

Oleh itu, mereka menyedari bahawa Borneo yang kini dikenali sebagai Sabah merupakan kawasan yang strategik untuk mendapatkan minyak. Jepun mula menyerang Tanah Melayu yang kini digelar Semenanjung Malaysia melalui Thailand. Kemudian mereka berjaya menakluk Borneo akibat daripada tentera British hanya tertumpu di kawasan lain.

Menurut Shafinie Salmat, Guru Sejarah SMK Kudat berkata, pada waktu itu tentera Australia dan British telah ditahan oleh tentera Jepun di kem penjara di Borneo Utara iaitu Sandakan. Menurut beliau, mereka ditahan ketika kejatuhan Singapura dan semua tahanan telah dihantar ke Borneo Utara melalui kapal laut. Tujuan mereka dihantar ke sana untuk membina padang terbang di Sandakan.

Sebahagian ahli keluarga tentera Australia dan British yang terkorban bertafakur di hadapan tugu Taman Peringatan Sandakan pada majlis Hari Memperingati Sandakan hari ini. Upacara ini adalah bagi memperingati tentera Australia dan tentera British yang terkorban akibat peristiwa Kawat Maut (Death Marches) dan juga kekejaman tentera Jepun di Kem Pow Sandakan pada tahun 1945. – Sumber BERNAMA

Semua tahanan tidak dilayan dengan baik. Mereka dipaksa untuk bekerja keras bagi menyiapkan pembinaan padang terbang tersebut dan tidak diberikan makanan dan minuman yang cukup serta ubat-ubatan.

Kemudian, tentera Bersekutu berjaya meletupkan landasan terbang yang dibina oleh tawanan perang, membuatkan Jepun merasakan bahawa jika mereka diserang, ia tidak bermakna untuk membinanya.

Maka pada akhir Januari 1945, Jepun merancang untuk memindahkan 455 banduan yang masih kuat ke Jesselton yang kini dikenali sebagai Kota Kinabalu untuk dijadikan buruh. Kumpulan pertama akan menjadi perarakan kematian pertama seperti yang kita ketahui sekarang.

Tentera Jepun telah mengarahakan seorang ketua kampung untuk menyediakan laluan daripada Sandakan ke Kota Kinabalu. Namun, laluan yang disediakan amatlah iaitu sejauh 192 kilometer.

Mereka terpaksa melalui sungai, hutan tebal, curam yang berlumpur dan gaung yang dalam. Bukan sahaja itu, semua tahanan juga dikerah untuk memikul beban yang berat. Akibat laluan terlalu jauh dan tentera Jepun juga tidak larat mereka berhenti di Ranau dan membina kem di sana. Daripada 455 hanya 190 yang berjaya melepasi laluan itu.

Foto – The Times

Beberapa bulan berlalu, tentera Jepun bercadang untuk memindahkan baki tahanan seramai 536 dari Sandakan ke Ranau. Ini adalah perarakan kematian kedua, dan ia lebih teruk daripada yang pertama, kerana tentera Jepun sengaja menghalang semua makanan dan ubat-ubatan hanya untuk melemahkan mereka.

Akibat ramai orang cuba melarikan diri semasa perarakan kematian pertama, tawanan perang diarahkan berjalan dalam kumpulan 50 semasa perarakan kematian kedua. Setiap kumpulan mempunyai askar Jepun, mereka adalah pengawal di hadapan, belakang, kiri, dan kanan.

Sesiapa yang terjatuh, lemah atau cuba melarikan diri akan dibunuh oleh punggung senapang.Daripada 536 tahanan dalam perarakan maut kedua, hanya 183 yang sampai ke Ranau.

Baki seramai 250 tahanan lain di Sandakan pula, pada mulanya Jepun hanya mahu melepaskan, atau membiarkan mereka mati kelaparan. Walau bagaimanapun, perang akan berakhir, dan Jepun tahu bahawa jika masih ada orang yang hidup menceritakan kisah penyeksaan, pasti ada masalah lain. Akhirnya, tentera Jepun telah memilih 75 orang yang masih bertenaga untuk perarakan kematian terakhir, manakala yang lain terbunuh.

Foto – Hawaii Reporter
Penulis Noor Izzah Azwa Alsam berada di Sandakan Memorial Park.

Daripada 1900 tahanan perang di Sandakan, hanya enam orang yang berjaya selamat dan melarikan diri. Oleh itu, disebabkan oleh peristiwa Kawad Maut ini maka tertubuhlah Sandakan Memorial Park. Pada 25 April setiap tahun akan diadakan Hari Peringatan untuk memperingati dan berkabung untuk tahanan perang yang terkorban.

Menurut Shafinie Salmat, beliau mengatakan bahawa wajar untuk kita sebagai generasi baharu untuk memperingati peristiwa ni kerana walaupun yang terlibat adalah tentera luar, atas dasar kemanusian kita perlu menzahirkan rasa hormat kepada mereka yang telah pergi kerana sanggup mengharungi dan bertahan daripada siksaan tentera Jepun.

Beliau juga berkata kita seharusnya mengambil iktibar bahawa kita sepatutnya menjadi lebih berani untuk mempertahankan negeri kita serta tanah air kita.

 

Penulis: Izzah Azwa Alsam
Kredit: soscili.my, sandakankini dan pacificwar.org.

 

 

 

ARTIKEL BERKAITAN

Most Popular