KOTA KINABALU : Bajet Sabah 2022 yang bakal menentukan hala tuju kewangan negeri pada tahun hadapan akan dibentangkan pada Persidangan Dewan Undangan Negeri Sabah ke-16, petang ini pada jam 3 petang di Dewan Undangan Negeri Sabah.
Berdasarkan kenyataan Jabatan Ketua Menteri semalam menyatakan, Ketua Menteri Datuk Hajiji Noor juga Menteri Kewangan Sabah akan membentangkan bajet tersebut.
Semalam, Hajiji telah menerima teks ucapan Bajet Sabah 2022 daripada Datuk Rusdin Riman iaitu Setiausaha Tetap Kementerian Kewangan Sabah di pejabat Kementerian Kewangan Sabah, Menara Kinabalu.
Turut hadir dalam penyerahan teks ucapan tersebut, Datuk Masidi Manjun, Menteri Kewangan Kedua Sabah yang juga Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah, serta dua Pembantu Menteri Kewangan Sabah Datuk Nizam Abu Bakar Titingan dan Jasnih Daya.
Hajiji berharap pembentangan belanjawan negeri yang diadakan petang ini akan berlangsung dengan lancar dan dipermudahkan oleh Allah S.W.T.