spot_img
HomeJenayahLelaki berpakaian wanita, ditahan pihak polis

Lelaki berpakaian wanita, ditahan pihak polis

TAWAU: Seorang lelaki berpakaian wanita ditahan oleh dua anggota polis dan orang awam di sebuah perumahan Jalan Utara.

Anggota tersebut mengambil inisiatif mengejar suspek bersama orang awam dan berjaya ditangkap.

Suspek berkenaan ialah warga tempatan yang berusia 35 tahun.

Lelaki tersebut dipercayai telah memecah masuk rumah dan cuba melarikan diri secara melulu menggunakan kereta.

Suspek dibawa ke balai polis untuk siasatan lanjut dan kes disiasat di bawah Seksyen 457 Kanun Keseksaan.

Polis menggesa orang awam dan masyarakat memberi ruang kepada pihak polis untuk menyiasat kes tersebut tanpa mengenakan sebarang spekulasi berkenaan kes tersebut.

ARTIKEL BERKAITAN

Most Popular