spot_img
HomeSukanLee Zii Jia rangkul gelaran juara Terbuka Thailand

Lee Zii Jia rangkul gelaran juara Terbuka Thailand

KUALA LUMPUR: Jaguh badminton perseorangan negara, Lee Zii Jia mengungguli Terbuka Thailand selepas berjaya menewaskan pemain China, Li Shi Feng di final Impact Arena, Bangkok, hari ini.

Pemain berusia 24 tahun itu meraih kemenangan dalam pertarungan tiga set dengan mata 17-21, 21-11, 23-21.

Kejayaan ini sekaligus menyaksikan Zii Jia muncul sebagai pemain ketiga negara merangkul gelaran juara selepas Yong Hock Kin pada 2001 dan Hafiz Hashim pada tahun 2005.

Pada aksi final berkenaan, corak permainan pantas yang dirunjukkan pemain ranking ke-49 dunia itu mengejutkan Zii Jia sekaligus memaksa pemain keenam dunia itu tewas pada set pertama dengan mata 17-21.

Namun, Lee Zii Jia bangkit dengan corak permainan lebih kemas untuk memenangi set kedua dengan mudah 21-11 seterusnya berjaya membawa perlawanan ke set penentuan.

Situasi cemas disaksikan pada set penentuan apabila Zii Jia ketinggalan 15-18, namun kerana semangat untuk bangkit telah memadamkan terus cabaran Shi Feng menerusi kemenangan mutlak pada set penentuan dengan 23-21.

Kejayaan di Bangkok itu adalah kejayaan gelaran juara buat kali kedua buat pemain berusia 24 tahun itu pada tahun ini selepas menjuarai Kejohanan Badminton Asia di Manila, awal bulan lalu.

ARTIKEL BERKAITAN

Most Popular