spot_img
HomeSemasaLebih RM7.7 juta disalur bantu pekebun kecil jadi usahawan RISDA

Lebih RM7.7 juta disalur bantu pekebun kecil jadi usahawan RISDA

SANDAKAN: Masih ramai belum menyedari peranan Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA) selain fokus terhadap penanaman getah, agensi ini turut memainkan peranan penting dalam membangunkan keusahawanan melalui pelbagai program Aktiviti Ekonomi Tambahan.

Menurut Pengarah RISDA Sabah, Nor Afzami Isa, RISDA bukan sekadar membantu pekebun kecil menanam getah, malah turut membimbing mereka dan keluarga ke arah menjadi usahawan bimbingan RISDA yang berjaya.

Afzam ketika ditemubual media selepas Program Townhall Santuni Pekebun Kecil RISDA Sandakan 2025.

“Ramai baru tahu bahawa RISDA juga bantu dari segi keusahawanan.

“Kita sebenarnya menyediakan pelbagai bentuk bimbingan dan bantuan bagi meningkatkan pendapatan keluarga pekebun kecil,” katanya pada Program Townhall Santuni Pekebun Kecil RISDA Sandakan 2025.

Turut hadir, Pegawai RISDA Daerah Sandakan, Ahmad Lukman Rusli.

Tambah Afzami, Sabah menerima peruntukan yang besar bagi tujuan tersebut, termasuk sebanyak RM7.74 juta khusus untuk program di bawah RISDA Sandakan tahun ini.

Katanya, antara bentuk bantuan yang disediakan adalah pemberian peralatan keusahawanan secara percuma kepada peserta mengikut bidang diceburi.

“Sebagai contoh, mereka yang menjalankan perniagaan makanan, kuih tradisional, kraftangan atau salun, kita bantu dengan menyediakan peralatan bernilai minimum RM10,000 hingga maksimum RM20,000,” jelasnya.

Sehubungan itu, Nor Afzami menyeru warga Sandakan dan penduduk di kawasan pantai timur Sabah agar mengunjungi pejabat RISDA terdekat untuk mengenali lebih lanjut peranan agensi tersebut, sama ada dalam aspek penanaman getah mahupun pembangunan aktiviti keusahawanan dan agro makanan. — DEMI SABAH

ARTIKEL BERKAITAN

Most Popular