spot_img
HomeSemasaLebih 10 rumah musnah dalam kebakaran

Lebih 10 rumah musnah dalam kebakaran

Putatan: Sepuluh rumah musnah dalam kebakaran di Kampung Contoh Petagas, pada malam Khamis.

Ketua Polis Daerah Penampang, Deputi Superintendan Mohd Haris Ibrahim ketika ditemui di lokasi kejadian berkata pihaknya menerima maklumat mengenai kejadian itu daripada Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah kira-kira pukul 9.00 malam.

Kesemua penghuni bagaimanapun dilaporkan selamat dalam kebakaran itu.

Beliau berkata bertindak dengan maklumat, sepasukan polis bersama anggota bomba bergegas ke lokasi kejadian bagi menjalankan operasi memadam kebakaran.

“Kita menggegaskan 32 pegawai dan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Penampang dan BBP Kota Kinabalu bersama empat jentera dan Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) ke lokasi kejadian.

“Pasukan bomba yang tiba di lokasi kemudiannya melaksanakan operasi pemadaman menggunakan sumber air jentera dan pili bomba berhampiran,” jelasnya.

Menurutnya, pihaknya terpaksa mengambil masa kira-kira sejam untuk mengawal api daripada merebak dan kebakaran dapat dikawal jam 10.38 malam kemudian.

“Keadaan gelap menyukarkan bomba untuk mengenal pasti jenis rumah terlibat dan kerja-kerja siasatan masih dijalankan,” tambahnya lagi.

ARTIKEL BERKAITAN

Most Popular