spot_img
HomeSemasaKes COVID-19 di Sabah catat penurunan, 244 kes

Kes COVID-19 di Sabah catat penurunan, 244 kes

KOTA KINABALU: Jumlah kes baharu di Sabah susut sebanyak 13 kes berbanding semalam, menjadikan kes baharu hari ini 244 kes.

“Daerah Penampang mencatatkan jumlah kes tertinggi hari ini dengan 50 kes (+31), diikuti oleh Kota Kinabalu dengan 44 kes (-21), Ranau 27 kes (+12), Kota Belud 19 kes (+10), Papar 16 kes (-1) dan Tuaran 14 kes (-19).

Peningkatan yang berlaku di Penampang agak tinggi yakni lebih dua kali ganda berbanding dengan jumlah semalam. Kesemua enam daerah ini adalah daerah-daerah yang mencatat jumlah kes baharu dua angka.

Jurucakap perkembangan harian COVID-19 Sabah, Datuk Masidi Manjun berkata, Sebanyak 18 daerah hanya mencatatkan kes satu angka sementara Semporna, Kunak dan Tongod tidak merekodkan sebarang kes baharu.

“Sejumlah 241 daripada 244 kes yang direkodkan hari ini adalah dalam Kategori 1 dan 2. Terdapat dua kes dalam Kategori 3, satu kes dalam Kategori 4 dan tiada kes yang direkodkan dalam Kategori 5,”katanya dalam satu kenyataan media.

Berdasarkan laporan Jabatan Kesihatan Negeri Sabah, jumlah kes positif baharu COVID-19 pada hari ini adalah sebanyak 244 kes, menjadikan jumlah kumulatif sebanyak 243,739 kes. Tiada kes kematian dilaporkan pada hari ini.

“Bilangan pesakit COVID-19 sembuh ialah 245 (termasuk yang discaj dari hospital atau PKRC) menjadikan jumlah kumulatif 236,191 orang. Manakala 711 pesakit sedang menerima rawatan iaitu 404 orang di hospital, 298 orang di Pusat Kuarantin dan Rawatan Berisiko Rendah (PKRC) Awam, lapan orang di Pusat Tahanan Sementara (PTS) atau penjara dan satu orang di fasiliti swasta.

“Bilangan pesakit yang memerlukan penjagaan kritikal ialah 31 orang merangkumi 29 di ICU atau repurposed kritikal care serta dua di open ward (HDW atau kubikel akut) dan 11 orang lagi memerlukan alat bantuan pernafasan (ventilated). Manakala bilangan pesakit stage empat dan lima yang masih belum lengkap vaksin ialah 24 (26.97%).

Masidi yang juga Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan merangkap Menteri Kewangan II negeri berkata, Seluruh daerah di Negeri Sabah mencatatkan perubahan angka kes positif COVID-19 yang tidak statik dengan jumlah catatan sebanyak 142 kes daripada Saringan Kontak Rapat.

Masidi membuat kesimpulan bahawa masih terdapat kebarangkalian tinggi berlakunya aktiviti ketidakpatuhan SOP yang telah digariskan sungguhpun pelbagai seruan dan saranan telah dilakukan oleh pihak kerajaan.

ARTIKEL BERKAITAN

Most Popular